Jumaat, 10 Jun 2016

Tips kulit licin & gebu

Excited ni nak cerita ubat ada magic ni !!! weeee. Sebab terbukti berkesan dekat diri sendiri :D

Tips kulit putih gebu? Kulit sendiri tak cantik, nak bagi tips kulit putih gebu plak. Geli tak ? haha. Okay, terus terang lah, kulit aku memang bukan jenis flawless mana pun. Tak lah licin macam Korean kulith hauluih muluih tu. Currently kulit aku jenis putih tapi kusam.Adakala nampak macam mayat. Tak nampak glowglow mana pun. Plak bila kena habuk ke, kena pasir ke, dah mula gatal-gatal nak tumbuh kudis lah apa lah.sigh.Kalau tak jaga, memang tak maintain lah kulit, memang bakal bertompok-tompok lah sana sini. Nak kena jaga betul-betul kulit, dah macam orang gila je aku jaga kulit. Ayah aku pun geleng kepala sebab tengok aku obsessed nak elak UV and dust. :B <----tunjuk gigi kapak sikit.

Kalau nak maintain kulit, nak kena lah makan sayur banyak everyday untuk gain vitamin E, vitamin C dan vitamin B complex. Tapi aku selalu lupa makan sayur. Bukan tak suka sayur tapi selalu terlupa sayur since dari kecik lagi. Sayur selalu terlepas pandang, tak sempat nak ambik. ambik nasi and ayam je favourite. since then kulit pun jadi tak tahan lah. Bila dah meningkat remaja, kulit jadi over sensitive ! Jerawat pun naik, ruam-ruam lah, gatal-gatal lah. hmm.

Jerawat bertubi-tubi pulak tumbuh. Secara tiba-tiba!! Jerawat batu kot ! Tapi aku tiba-tiba terdetik hati nak try vitamin C ni! Saja lah usaha, nak elokkan kulit balik. :/

tiap bulan mesti ada jerawat. kalau tak risau , banyak lah parut nanti. hmmmppph. Mulanya lagi besar jerawat kat dagu ni tapi ni dah dalam 4 hari lah take vitamin C tu.

Usaha mengharapkan jerawat hilang dan kulit lebih tahan tapi dalam masa yang sama malas nak harap...tapiiiii.......................bila saya telan pil di bawah ini dan ambil secara consistently....

Wey, jerawat saya hilang !! Weyyy !! Miracle gila !!! Seriously ! Saya tak tahu lah apa yang ada dalam ubat tu tapi memang elok !! *:'''''''') tangis gembira. eceh.

Memang saja letak gambar besar supaya korang nampak open pore saya semua and eye bag. hehe.Kulit saya memang jenis tak cantik punya kulit, so vitamin c ni tolong la repair kembali dan kuatkan ketahanan kulit.

Jerawat kecut dan kurang merah. tak lama lagi hilang terus lah. cuma masih mengelupas sikit kat sekeliling tu. gambar ni saya tak makeup langsung. bedak apa pun takde. Makan vitamin c, open pore pun semakin kecil. weee. Seghonok nya. Jerawat batu tu mengelupas dan ganti kulit baru jadi licin. weeee. Dalam masa seminggu lebih dia kecut !

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit
Mula-mula saya ingat tipu je semua benda ni ! tapi bila try sendiri, eh berkesan ! :D weee gembira sungguhhh.